twitter
rss

12 Jan

TEKA TEKI....JAWAB JGN TAK JAWAB.....(JUMARNI)

1) Kalau Tuan pergi ke kedai
   Belikan saya buah keranji
   Kalau tuan bijak pandai
   Apa binatang keris di kaki?



2) Ada sebiji roda pedati
    Bentuknya bulat daripada besi
    Bila bermain diikat sekuat hati
    Dilempar hidup dipegang mati?


3) Pak Pung Pak Mustafa
   Encik Dollah dirumahnya
   Ada tepung ada kelapa
   Gula Melaka jadi intinya

JAWAPAN :

1) AYAM
2) GASING
3) BUAH MELAKA

6 Jan




  • Tidak membuang sampah merata-rata tempat.
  • Tidak mencemarkan sungai dan alam sekitar.
  • Menjalankan pembangunan yang terancang.
  • Sedar akan kewajipan memelihara alam sekitar.
  • Jangan menebang pokok sesuka hati.
KEGUNAAN SUNGAI & ALAM SEKITAR

1) Sungai :
  • Sumber air
  • Sumber rezeki
  • Sumber tenaga
  • Laluan pengangkutan
2) Alam sekitar :
  • Udara yang bersih
  • Tempat tinggal yang selesa.
  • Sumber rezeki



6 Jan


Created by,
Jumarni Muhein


6 Jan






Rasulullah saw bersabda:
“Berapa ramai manusia terhumban ke lembah neraka disebabkan kecelakaan lidah-lidah mereka” – Riwayat at Tarmiziy dan al Hakim

Penjagaan lidah bermaksud:


1) Menjaga lidah daripada bercakap perkara yang tidak penting (lebih baik menggunakan masa untuk berzikir).
2) Menjaga lidah daripada bercakap berlebihan (tidak perlu menokok-tambah mesej yang hendak disampaikan).
3) Menjaga lidah daripada terjerumus ke jurang kebatilan (bercakap perihal maksiat dan perkara-perkara di luar syariah).
4) Menjaga lidah daripada berbantah-bantahan (perbantahan tidak akan menghasilkan kebenaran dan tidak pula membatalkan kebatilan).
5) Menjaga lidah daripada bertengkar.
Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling dimarahi oleh Allah ialah orang yang kuat bertengkar.” – Riwayat al Bukhari
6) Menjaga lidah daripada bercakap besar dan beromong kosong.
7) Menjaga lidah daripada bercakap keji dan mengeji, mencerca dan melaknat
Rasulullah saw bersabda: “Mukmin yang sebenar bukanlah seorang penghina, pelaknat, pengeji dan tidak juga kotor perkataannya.” – Riwayat at Tarmizi

by AZRINAH MARUPA


6 Jan




Pada suatu ketika,, Basri mengajak Bustamin mengembara di GUNUNG SAHARA...
Basri : Min, Gunung Sahara ni panas,, pndai2 La k0 bwk sesuatu yg b0Leh menyejukkan k0 kt sane nnti.. aku takut k0 xLeh nk tahan sbb Gunung Sahara tu panas giLe baben punyer...
Bustamin : K0 bia betuL Ri,, keyh2,, ti aku pikirkan ape yg nk aku bwk...

SeteLah sampainye di Gunung Sahara.......
Basri dengan perasaan terkejutnye berkate...
Basri : ap0 pasai Hang pegi bwk pintu kereta tu,, Hang igt kite nk pi psg kerete ke ape...
Bustamin : k0 mne tau Ri,, jgn maen tud0h2.. aku bwk pintu kereta ni sebab k0 suh carik bende yg bLeh menyejukkan aku La....
Basri : habis tu k0 nk buat ape dgn pintu kereta ni??????
Bustamin : nnti biLe panas aku bukak La cermin pintu kereta ni,, msuk La angin nnti....
x ke betuL aku punye idea ni... bernas x???

Basri : ttoooooiiing.. tooinnng keppaaaLLLLeeee BBBBUUUUTTTTTT k0!!!!!!!!!!!!!!!!

hahhahahahaha

by(Azrinah marupa)

5 Jan


ADAB BERCAKAP (Jumarni Muhein)

Rasulullah S.A.W bersabda, "Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah".

Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar

Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang, ini untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.

Jika seoarng sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.

Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.

Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.

Jangan sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang jahil dalam agama

Jangan bercakap secara berkumam mulut

Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki orang

Jangan memanggil orang yang lebih tua dari kita dengan panggilan nama, seeloknya pangillah dengan nama yang memuliakan mereka.

Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya

Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya.




1)  Adab Bercakap dengan ibu bapa ialah :

                                                                               
  • Bercakap dengan sopan santun.
  • Merendahkan suara.
  • Menumpukan perhatian ketika mereka bercakap.
  • Menunjukkan muka yang manis ketika berkomunikasi.
  • Menggunakan bahasa yang baik.

2) Adab bercakap dengan rakan ialah :

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga dia mengasihi saudaranya (yang mukmin)
sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri...(riwayat al-bukhari).

Lazimnya manusia tidak boleh hidup bersendirian, sebaliknya memerlukan teman atau kawan dalam menjalani liku-liku kehidupan seharian. Teman atau kawan ialah orang yang paling rapat dengan kita selain ibu bapa dan keluarga, lebih-lebih lagi rakan sebaya.Rakan atau sahabat yang baik adalah tempat kita berbicara, meluahkan sesuatu masalah dan sebagainya.
Oleh itu, dalam soal berkawan kita hendaklah menghormati kawan dengan cara memberi kerjasama atau pertolongan apabila diperlukan, menyuruh sahabat atau kawan melakukan kebaikan dan taat kepada perintah Allah sekiranya kawan tersebut terpesong dari lunas-lunas kehidupan yang sebenar, bersopan santun ketika bercakap dengan rakan kita dan janganlah terlalu banyak bergurau kerana gurauan yang melebihi batas akan mengaibkan kawan dan seterusnya mencetuskan pergaduhan.
Buat kawan-kawan ku, hendaklah kita sentiasa mengamalkan sikap mudah memberi senyuman dan bertegur sapa apabila bertemu serta tidak menaruh sangkaan buruk terhadap rakan, apabila rakan melakukan kesalahan, kita hendaklah menegur dan menasihatinya dengan cara yang baik.
Dalam menjalani kehidupan berkawan seharusnya kita mengelakkan diri dari bersikap sombong dan angkuh dengan kelebihan sendiri, suka menyakiti hati sahabat, menghina rakan yang mempunyai taraf kehidupan yang rendah, mengaibkan rakan dikhalayak ramai dan mementingkan diri sendiri serta tidak mempunyai belas kasihan terhadap rakan yang dalam kesusahan...

                                                                    created by,
                                                                    Jumarni Muhein

5 Jan

Di dalam ajaran islam, adab-adab jiran meliputi perkara-perkara seperti berikut:


1. Hormat-menghormati

2. Sentiasa bermanis muka

3. Bertegur sapa

4. Sentiasa menziarahi

5. Berbaik sangka

6. Bertolak ansur

7. Bermaaf-maafan

8. Menutup keaiban jiran

9. Memberi keutamaan kepada jiran terdekat

10. Sedia memberi pertolongan atau bantuan

11. Mendoakan keselamatan dan kejayaan jiran

12. Mengucapkan tahniah diatas kejayaan dan takziah diatas musibah 
yang menimpa jiran